Salam sejahtera cikgu ismail dan teman-teman sekalian.Pada musim cuti sekolah yang lalu,saya sekeluarga dan jiran saya pergi berkelah di pantai Changi.Kami pergi ke sana dengan menaiki bas yang dipandu oleh jiran saya.
Apabila tiba disana,ayah mencari tempat yang sesuai untuk meletak barang-barang kami.Selepas itu,ayah dan abang pergi ke jeti untuk memancing.Saya dan adik pun terus menuju ke tempat ayah dan abang saya yang sedang memancing.Ketika ayah dan abang sedang memancing,saya dan adik pergi bermain-main air di tepi pantai berjauhan daripada ayah yang sedang memancing.Selepas penat bermain,saya dan adik pun berjalan ke tempat ibu untuk makan tengahari.
Satu jam kemudian,saya bercadang untuk pergi ke tempat sewa basikal untuk menyewa basikal.Kemudian saya pun mengayuh basikal tersebut pergi ke jeti.Apabila tiba disana,saya melihat ayah dan abang yang sedang memancing di situ.Dua minit kemudian,ayah mendapat seekor ikan.Ikan tersebut dipanggil "Ikan cermin".Ayah memberitahu saya bahawa di pantai changi ini terdapat pelbagai jenis ikan seperti ikan gerot,ikan mentimah, ikan duri dan banyak lagi.Selepas itu saya pun mengambil gambar ikan-ikan yang ditangkap oleh ayah dan abang.
Setelah dua jam berlalu,ayah dan abang membuat keputusan untuk pergi berehat sambil makan kerana mereka berdua belum lagi makan tengahari.Mereka pun mengemas barang-barang mancing dan meletak ikan yang mereka dapat ke dalam kotak gabus yang diisi oleh ais.Saya pun pergi mengayuh basikal menuju ke tempat ibu.Lima belas minit kemudian ayah dan abang pun tiba.Sampai sahaja mereka disitu,mereka terus mencuci tangan dan terus makan.
Kemudian saya membuat keputusan untuk menghantar basikal tersebut ke tempat sewa basikal.Ketika saya sedang mengayuh,saya melihat seorang budak perempuan sedang mengayuh basikal tetapi ada seekor anjing sedang mengejar budak perempuan itu.Saya terus berhenti mengayuh basikal dan saya pergi mangambil sebatang kayu,saya mencampak kayu tersebut kepada anjing itu.Anjing itu terus berjalan ke tempat lain.Perempuan tersebut mengucapkan terima kasih kepada saya.Selepas itu saya pun mengambil basikal saya dan terus menyambung destinasi saya.
Selepas menghantar basikal saya pun berjalan menuju ke tempat keluarga saya.Apabila tiba disana ibu menyuruh saya menolong mengemas barang-barang untuk di bawa pulang kerana awan-awan sudah mulai gelap dan ia memberitahu kita bahawa hujan akan turun sesaat lagi.Kami terus membawa barang- barang tersebut ke dalam bas.Di dalam bas ,saya merasa amat penat dan mengantuk tetapi saya tidak dapat melupakan peristiwa yang terjadi kepada budak perempuan tadi.
Tuesday, January 8, 2008
Sunday, August 26, 2007
Salam Berkenalan
Salam sejahtera cikgu dan teman-teman sekalian.Nama saya Nor Lela.Saya di lahirkan pada 18 November 1992.Saya berumur empat belas tahun.
Makanan kegemaran saya adalah Nasi ayam,Nasi lemak,Nasi Bryani dan Mee rebus.Minuman kegemaran saya pula adalah Milo,Teh,Kopi susu,Bandung dan Horlick.
Hobi saya adalah Menyanyi,Mendengar Muzik,Bermain Basikal dan Berlari-lari anak.Pada waktu lapang,saya selalunya pergi ke rumah kawan saya untuk beborak.
Itu sahaja yang dapat saya perkenalkan tentang diri saya kepada kalian semua.Sekian,terima kasih.
Makanan kegemaran saya adalah Nasi ayam,Nasi lemak,Nasi Bryani dan Mee rebus.Minuman kegemaran saya pula adalah Milo,Teh,Kopi susu,Bandung dan Horlick.
Hobi saya adalah Menyanyi,Mendengar Muzik,Bermain Basikal dan Berlari-lari anak.Pada waktu lapang,saya selalunya pergi ke rumah kawan saya untuk beborak.
Itu sahaja yang dapat saya perkenalkan tentang diri saya kepada kalian semua.Sekian,terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
